Sunday, 12 February 2017

Today's Homework: BM: Pakaian Tradisional Kaum Cina dan India

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
• Peony - Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
• Teratai - Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
• Bunga krisan - Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.
• Ikan - Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.
• Burung - Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
• SARI - Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
• SALWAR KAMEEZ - Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
• KURTA - Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.
• DHOTI - Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.

No comments:

Post a Comment