Tuesday 28 February 2017

过生日吹蜡烛的由来

过生日吃蛋糕吹蜡烛起源于古希腊。相传古希腊月亮女神阿尔特尼斯有极强的能量,而且她会给人带来福音,在她一年一度的生日庆典上,人们总要在祭坛上供奉蛋糕,同时点亮很多的蜡烛,并许下一年中最重要的愿望。希望月亮女神帮助实现自己的愿望。后来古希腊人在庆祝亲朋好友生日的时候,也总爱在餐桌摆上蛋糕,在蛋糕上面插上很多点亮的蜡烛。让过生日的人在心中许下一个愿望,然后吹灭所有的蜡烛,那么这个人的愿望就一定能够实现。于是吹蜡烛就成为生日宴上有着吉庆意义的节目。以后逐渐发展成为过生日的人是几岁就放置几颗蜡烛,在周围亲朋好友的祝福声中许下美好的祝愿,并且一口气吹灭所有蜡烛。一直延续到今天始终成为生日宴会的重要节目。

Sunday 26 February 2017

Saturday 25 February 2017

3Ds Max + Marvelous Designer: Table & Table Cloth [Part 2] [Done]

Done with the table.

Making the table cloth.

Adjust some settings, but it had simulated for an hour and it went not responding and crashed.
So I decided to do the table cloth in Marvelous Designer, which is more easier.

Imported it into Marvelous Designer.

Created the cloth.

Simulated it.

Apply the texture which I made my self.

Here's a video recorded in Marvelous Designer of this project:

Download the table in max file HERE
Download the table with table cloth in Marvelous Designer project file HERE

点点滴滴:我成功了!

皇天不负有心人啊,老师,我终于成功了!!

Friday 24 February 2017

3Ds Max: Table & Table Cloth [Part 1]

Today's project: 



Will continue tomorrow :D

Homework: PJK Muka Surat 80 dan 81




[Kawan-kawan yang tiada scanner di rumah boleh download gambar ini kemudian mencetaknya untuk kegunaan kerja rumah di sekolah.] 
[Click the pictures to enlarge.]

Thursday 23 February 2017

Homework: Ulasan cara-cara menperkenalkan permainan tradisional

Generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber mengakibatkan melupakan permainan tradisional. Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan permainan tradisional. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa ialah teladan kepada anak-anak. Begini juga boleh mengeratkan hubungan.bak kata perpatah sambil menyelam minum air. Sekolah boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional. Dengan ini, pelajar boleh belajar tentang permainan tradisional dan akan berminat untuk melibatkan. Pihak media massa seperti akhbar dan televisyen perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita. Kesimpulannya, permainan tradisionnal merupakan warisan penting di Negara kita, kita mesti mengambil tindakan supaya ia tidak putus.

Wednesday 22 February 2017

3Ds Max: Mobius Strip

Today's project: 




Animation below
Download project HERE

Homework: PJK Muka Surat 118 dan 119


[Kawan-kawan yang tiada scanner di rumah boleh download gambar ini kemudian mencetaknya untuk kegunaan kerja rumah di sekolah.]
[Click the pictures to enlarge.]

Tuesday 21 February 2017

3Ds Max: Dice [Part 2] [Done]



The animation:

Download the project HERE

Homework: Peranan Keluarga Dalam Pembentukan Sahsiah

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.
========================================================================
PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH
CONTOH KARANGAN LENGKAP
            Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

            Dalam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media masa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

            Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

            Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak  yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

            Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai  contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka  dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada  mereka  agar membesar sebagai  insan bijaksana dan beretika.

            Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun,  ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

            Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.  Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur  dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan  anak-anak yang  keperibadian terpuji, bersahsiah dan   dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia.

[此篇范文内容含有伊斯兰教的东西,请自己适当的过滤。]

Monday 20 February 2017

3Ds Max: Dice [Part 1]

Today's flow:









I'll add the video and download link tomorrow, stay tune.

Homework: BM: Karate

Karate atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.
Aliran Karate
Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti berikut:
1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3. Sholin-Ryu 4. Goju-Ryu 5. Wado-Ryu 6. Shorinji Kempo
Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate).
Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan kepada sukan atau pertandingan.
Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak.
2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.
3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur.
Karate dahulu dan sekarang
Salah tafsir - Sebenarnya, kebanyakan karate yang diperkenalkan pada masa kini merupakan satu olahan kepada peringkasan seni beladiri yang terdahulu seperti kempo dan sebagainya. Ramai pengamal karate tidak mengetahui bahawa di dalam karate, seni dan pergerakan yang ditawarkan adalah jauh lebih hebat dan unik daripada apa yang dipamerkan dewasa ini.
Konsep asas - Juzuk karate di zaman moden ini, telah menafsirkan penggunaan seni yang tersusun dan berdasarkan keringkasaan penting yang diperkenalkan. Ini termasuklah kepada pergerakan membalas di mana setiap tangkisan dibahagian kiri akan diikuti dengan tangkisan di sebelah kanan. Tujuan pergerakan ini adalah bagi membentuk keseimbangan 'Ying dan Yang'.
Perbezaan seni - Perbezaan di antara seni beladiri Jepun yang menjadi kepada asas atau penanda seni karate masa kini adalah ketidak seimbangan 'Ying dan Yang' yang diamalkan mampu membentuk kepada seni yang amat berbisa. Kaedah seni beladiri dahulu yang lebih kepada seni untuk peperangan (arts for war)dimana lebih bertujuan pratikal bagi menghadapi jumlah lawan dalam julat yang besar. Seni asal karate yang digunakan ini tidak lagi diperkenalkan secara menyeluruh dan hanya diwarisi oleh golongan-golongan tertentu sahaja bagi tujuan pengekalan ilmu sahaja.
Sejarah karate tradisional - Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.
Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.
Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.
Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.
Ilmu lama - Walaubagaimanapun, pihak golongan guru tua tetap menyimpan dan menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan mereka kepada golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat ketat yang dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani didaerah utara jepun jauh dari kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi nama Kempo ka jutsudimana ia juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan kepada konsep yang sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama olahan ini adalah memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal kempo dan karate, maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.
Sejarah membuktikan bahawa terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai 'dan' tertinggi ditewaskan oleh orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakan-gerakan mudah lagi berbisa.
Dewasa ini, kempo ka jutsu tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya kerana tidak diketahui mengenai pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil utama, golongan veteran penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan tangan tetap mengakui mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini telah memberi pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini. Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah karate (dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan kepada kuasa maharaja untuk membuat keputusan.
Berikutan dengan itu, maka seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate Lama'atau old traditional karate dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'. Penamaan ini membolehkan mereka duduk disatu payung dan karate moden telah diwajibkan untuk dipopularkan kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini telah dijadikan silibus tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.
Silibus karate Lama (old traditional karate)
Konsep asas Karate Lama menggunakan asas peperangan terbuka sebagai sistem dimana peperangan menjadi tunjang kepada pergerakan utama.
Kempo boleh dikenali dengan penggunaan tangan melurus kehadapan tanpa kekuda menepi dimana setiap kaki yang menjadi kekuda (stance) adalah membuka dari hadapan ke belakang dengan jarak yang kecil. Kedudukan menyerang ini amat merbahaya kerana membolehkan pengamalnya bergerak dan mengubahgerak kepada 9 arah berbeza yang hanya boleh dilakukan dengan kaki yang berdiri tegak sahaja. Kebiasaannya, kedudukan tangan adalah membengkok menghala kehadapan dan mudah untuk menyerang.
Serangan biasa ditujukan kepada pertemuan urat walaupun hanya untuk tumbukan dan belaan. Terdapat pelbagai variasi tumbukan dan gerakan tumbukan yang mana amat sukar untuk ditahan atau ditangkis, ditangkap dan kunci. Tumbukan bergaris dan membulat adalah digunakan secara serentak dan tidak mempunyai penamat yang mutlak.
Konsep 'Zen' amat dipraktikkan oleh pengamal seni kempo dimana merosakkan bahagian yang digunakan untuk menyerang. Antara tumbukan yang merbahaya adalah 'tumbukan iai' iaitu tumbukan angin dimana ia digunakan untuk memecahkan dibahagian dalam berbanding merosakan bahagian luar. Oleh itu, konsep karate lama ini amat sesuai digunakan bagi menentang pakar-pakar Muay Thai yang mempunyai tulang dan anggota badan yang kuat dan keras.
Kedudukan tegap dan berubah mengikut arah juga amat sesuai bagi menentang sebarang seni beladiri yang berbentuk kuncian dan tempur jarak dekat. Kaedah untuk menyerang juga teleah disusun agar dapat digunapakai secara meluas lagi berkualiti bagi memastikan agar sebarang serangan dibuat kepada seni beladiri yang berbentuk menanti dapat ditangani dengan berkesan. Humbanan juga dapat dikekang dengan mudah dan memang diketahui oleh pengasas seni aikido seperti morehei usheiba mengetaui mengenai perkara ini dan satu perjanjian dibuat bagi menghormati keharmonian seni beladiri jepun dan sebarang pergaduhan antara pengamal kedua-dua pihak haruslah disimpan dan dielakkan sama sekali.
Konsep pertahanan karate klasik
Berbeda dengan aplikasi karate moden, karate tradisi mengamalkan satu konsep yang amat kompleks untuk difahami. Konsep yang unik ini dinamakan Ryu Ka Kempo yang membangunkan pembelaan secara metaliti dan metafizik.
Tangkisan dan elakan merupakan takrif awal bagi pertahanan seseorang. Tangkisan bermaksud sentuhan terus dan berbentuk secara langsung sementara elakan bermaksud mengelak daripada tersentuh tanpa sentuhan badan. Ada diantara seni beladiri kini memilih untuk menyerang sebagai pertahanan atau dalam fahaman awal iaitu "Menyerang sebagai bertahan". Konsep ini mentakrifkan sebagai membalas adalah lebih baik daripada hanya bertahan.
Kempo atau karate klasik ini mentakrifkan sebagai sifat kemanusiaan yang amat tinggi. Kelebihan yang amat ketara bagi ahli karate klasik dimana kebanyakan pengamal-pengamalnya adalah daripada golongan yang usia agak lanjut ialah kelebihan daripada segi 'inner sense' yang mampu mengagak dan membaca serangan lawan seterusnya mengelak, menangkis dan membalas. Kemampuan inner sense inilah yang dikenali sebagai kemampuan metaliti. Kemampuan mentafizik pula ditakrifkan sebagai kemahiran berasaskan kepada sifat-sifat yang mesti digunapakai dalam bertahan iaitu selembut sutera sekeras besi waja dan selancar air mengalir dan setegap gunung fuji.
Secara asasnya, pengamal karate klasik dalam mengaplikasikan konsep pertahanan ialah dengan meletakkan dua garisan dalam minda sebagai (mind set) pedoman dalam belaan perseorangan mahupun lebih daripada seorang. Dua garisan dalam minda digambarkan sebagai benteng yang menjadi kawasan kawalan bagi menentukan sebarang tindakan membalas. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, garisan pertama adalah untuk tumbukan dan garisan kedua adalah untuk tendangan.
Sebarang tumbukan atau tendangan yang dibuat oleh pihak lawan tidak akan dianggap membahaya jika tidak melepasi garis yang telah ditetapkan dalam minda pengamal. Acahan-acahan tumbukan dan tendangan ini tidak akan dilayan dan pengamal karate hanya berdiri diam sebagai persediaan minda. Hanya tumbukan dan tendangan yang melepasi garisan akan diambil layan samada mengelak, menangkis ataupun memusnahkan sepenuhnya serangan itu.
Falsafah Di Dalam Karate
1. Musnah bisa ular untuk buang bisa (Konsep serangan dan belaan dalam karate do)
Konsep ini amat popular dalam pengamal karate klasik, dimana ia amat sesuai digunapakai dalam pertarungan satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam, tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah, kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.
2. Rakka (Bunga yang berguguran)
Ia adalah sebahagian konsep pertahanan Karate. Maksudnya setiap teknik pertahanan perlu dilakukan dengan bertenaga dan mantap sehingga diumpamakan jika teknik itu dikenakan ke atas pokok, maka dengan kekuatan teknik itu, semua bunga dari pokok itu akan jatuh berguguran. Contohnya sekiranya musuh menyerang dengan menumbuk muka lalu pengamal karate membuat tangkisan atas yang kuat hingga menyebabkan tangan yang menumbuk itu patah, maka dengan tangkisan atas itu sudah cukup untuk membela diri tanpa perlu lagi membuat serangan balas.
3. Air dan sutera
Bagi kaedah ini, tumbukan dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.
4. Mizu No Kokoro (Minda itu seperti air)
Sekiranya air di tasik itu tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit. Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir, maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk bersedia membela diri.
Anekdot Karate
Berkenaan Falsafah Karate

Seorang murid baru bertanya kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita adalah kekuatan kita.

Sunday 19 February 2017

3Ds Max: Football

I made something new again today, here's the flow:





The result with materials added.

Short animation of this project:
Download the project HERE

Homework: BM: Tai Chi Chuan

Tai Chi Chuan (太极拳), adalah salah satu daripada tiga jenis utama kung fu aliran lembut. Dua aliran lembut yang lain ialah Hsing Yi dan Pakua. Lembut di dalam aliran ini bukan hanya bermaksud pergerakan yang lembut tetapi juga bermaksud menggunakan kekuatan tenaga dalam.
Terdapat banyak gaya Tai Chi Chuan. Tiga gaya yang utama ialah seperti berikut:
1. Tai Chi Chuan gaya Chen
2. Tai Chi Chuan gaya Yang
3. Tai Chi Chuan gaya Wu
Di antara gaya yang popular di Malaysia ialah gaya Yang dan gaya Cheng Man Chen.
Thai chi chuan membawa maksud penumbuk teragung merupakan salah satu aliran bela diri yang berasal dari Cina. Ia menggunakan amalan Taois untuk membawa keseimbangan antara kuasa baik dan buruk dalam badan supaya mencapai tahap kesimbangan di dalam badan dan alam sekeliling melalui latihan yang telah ditetapkan.
Bentuk tai chi adalah latihan pergerakan perlahan yang matlamat utamanya adalah mengajar pengamalnya cara mencapai kesegaran rohani dan jasmani dalam badan, manakala kemahiran tempur dalam kesenian ini adalah matlamat kedua.
Pergerakan tai chi direka agar membenarkan anggota tubuh bergerak secara berterusan dan bertenang, tanpa gangguan dan struktur laihan ini bagi membenuk kaedah menenangkan fikiran sementara pada masa yang sama menumpukan kearah meningkatkan tahap kesedaran. Kerana keupayaannya menenangkan fikiran, amalan tai chi ini semakin mendapat tempat dikalangan penduduk Barat yang tertekan dengan gaya kehidupan di sana.

Saturday 18 February 2017

3Ds Max: Helical Gears

Today I made something diffrent, here's the flow.








A short animation about the project today.

Download the project HERE