Karate atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni
bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan
dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah
berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar.
Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila
difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih
berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor
kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.
Aliran Karate
Asas karate adalah sama,
namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate
adalah seperti berikut:
1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3.
Sholin-Ryu 4. Goju-Ryu 5. Wado-Ryu 6. Shorinji Kempo
Karate juga boleh
dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate).
Aliran tradisional
menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan
kepada sukan atau pertandingan.
Asas latihan karate
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Kihon. Ia adalah latihan
teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak.
2. Kata. Ia adalah latihan
jurus atau bunga karate.
3. Kumite. Ia adalah
latihan bela diri atau seni tempur.
Karate dahulu dan sekarang
Salah tafsir - Sebenarnya, kebanyakan karate yang
diperkenalkan pada masa kini merupakan satu olahan kepada peringkasan seni
beladiri yang terdahulu seperti kempo dan sebagainya. Ramai pengamal karate
tidak mengetahui bahawa di dalam karate, seni dan pergerakan yang ditawarkan
adalah jauh lebih hebat dan unik daripada apa yang dipamerkan dewasa ini.
Konsep asas - Juzuk karate di zaman moden ini, telah
menafsirkan penggunaan seni yang tersusun dan berdasarkan keringkasaan penting
yang diperkenalkan. Ini termasuklah kepada pergerakan membalas di mana setiap
tangkisan dibahagian kiri akan diikuti dengan tangkisan di sebelah kanan.
Tujuan pergerakan ini adalah bagi membentuk keseimbangan 'Ying dan Yang'.
Perbezaan seni - Perbezaan di antara seni beladiri Jepun
yang menjadi kepada asas atau penanda seni karate masa kini adalah ketidak
seimbangan 'Ying dan Yang' yang diamalkan mampu membentuk kepada seni yang amat
berbisa. Kaedah seni beladiri dahulu yang lebih kepada seni untuk peperangan
(arts for war)dimana lebih bertujuan pratikal bagi menghadapi jumlah lawan
dalam julat yang besar. Seni asal karate yang digunakan ini tidak lagi
diperkenalkan secara menyeluruh dan hanya diwarisi oleh golongan-golongan
tertentu sahaja bagi tujuan pengekalan ilmu sahaja.
Sejarah karate tradisional - Karate didalam penggunaan perang telah
dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja)
yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh,
dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih
bertahun-tahun lamanya.
Seni peperangan tidak
beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek)
yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu
fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah
dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi
kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.
Secara asasnya, fahaman
karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih
bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang
menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar
sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada
golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang.
Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.
Cendikiawan-cendekiawan ini
telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah
dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo
kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah
dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan
seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini
dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.
Ilmu lama - Walaubagaimanapun, pihak golongan guru tua
tetap menyimpan dan menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan
mereka kepada golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada
syarat-syarat ketat yang dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani
didaerah utara jepun jauh dari kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi
nama Kempo ka jutsudimana ia juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan
kepada konsep yang sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama
olahan ini adalah memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal
kempo dan karate, maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.
Sejarah membuktikan bahawa
terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai 'dan' tertinggi ditewaskan oleh
orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakan-gerakan mudah lagi berbisa.
Dewasa ini, kempo ka jutsu
tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya kerana tidak diketahui mengenai
pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil utama, golongan veteran
penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan tangan tetap mengakui
mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini telah memberi
pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini.
Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan
pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang
pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah
karate (dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan
kepada kuasa maharaja untuk membuat keputusan.
Berikutan dengan itu, maka
seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate Lama'atau old traditional karate
dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'. Penamaan ini membolehkan
mereka duduk disatu payung dan karate moden telah diwajibkan untuk dipopularkan
kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini telah dijadikan silibus
tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.
Silibus karate Lama (old
traditional karate)
Konsep asas Karate Lama
menggunakan asas peperangan terbuka sebagai sistem dimana peperangan menjadi
tunjang kepada pergerakan utama.
Kempo boleh dikenali dengan
penggunaan tangan melurus kehadapan tanpa kekuda menepi dimana setiap kaki yang
menjadi kekuda (stance) adalah membuka dari hadapan ke belakang dengan jarak
yang kecil. Kedudukan menyerang ini amat merbahaya kerana membolehkan
pengamalnya bergerak dan mengubahgerak kepada 9 arah berbeza yang hanya boleh
dilakukan dengan kaki yang berdiri tegak sahaja. Kebiasaannya, kedudukan tangan
adalah membengkok menghala kehadapan dan mudah untuk menyerang.
Serangan biasa ditujukan
kepada pertemuan urat walaupun hanya untuk tumbukan dan belaan. Terdapat
pelbagai variasi tumbukan dan gerakan tumbukan yang mana amat sukar untuk
ditahan atau ditangkis, ditangkap dan kunci. Tumbukan bergaris dan membulat
adalah digunakan secara serentak dan tidak mempunyai penamat yang mutlak.
Konsep 'Zen' amat
dipraktikkan oleh pengamal seni kempo dimana merosakkan bahagian yang digunakan
untuk menyerang. Antara tumbukan yang merbahaya adalah 'tumbukan iai' iaitu
tumbukan angin dimana ia digunakan untuk memecahkan dibahagian dalam berbanding
merosakan bahagian luar. Oleh itu, konsep karate lama ini amat sesuai digunakan
bagi menentang pakar-pakar Muay Thai yang mempunyai tulang dan anggota badan
yang kuat dan keras.
Kedudukan tegap dan berubah
mengikut arah juga amat sesuai bagi menentang sebarang seni beladiri yang
berbentuk kuncian dan tempur jarak dekat. Kaedah untuk menyerang juga teleah
disusun agar dapat digunapakai secara meluas lagi berkualiti bagi memastikan agar
sebarang serangan dibuat kepada seni beladiri yang berbentuk menanti dapat
ditangani dengan berkesan. Humbanan juga dapat dikekang dengan mudah dan memang
diketahui oleh pengasas seni aikido seperti morehei usheiba mengetaui mengenai
perkara ini dan satu perjanjian dibuat bagi menghormati keharmonian seni
beladiri jepun dan sebarang pergaduhan antara pengamal kedua-dua pihak haruslah
disimpan dan dielakkan sama sekali.
Konsep pertahanan karate
klasik
Berbeda dengan aplikasi
karate moden, karate tradisi mengamalkan satu konsep yang amat kompleks untuk
difahami. Konsep yang unik ini dinamakan Ryu Ka Kempo yang membangunkan
pembelaan secara metaliti dan metafizik.
Tangkisan dan elakan
merupakan takrif awal bagi pertahanan seseorang. Tangkisan bermaksud sentuhan
terus dan berbentuk secara langsung sementara elakan bermaksud mengelak
daripada tersentuh tanpa sentuhan badan. Ada diantara seni beladiri kini
memilih untuk menyerang sebagai pertahanan atau dalam fahaman awal iaitu
"Menyerang sebagai bertahan". Konsep ini mentakrifkan sebagai
membalas adalah lebih baik daripada hanya bertahan.
Kempo atau karate klasik
ini mentakrifkan sebagai sifat kemanusiaan yang amat tinggi. Kelebihan yang
amat ketara bagi ahli karate klasik dimana kebanyakan pengamal-pengamalnya
adalah daripada golongan yang usia agak lanjut ialah kelebihan daripada segi
'inner sense' yang mampu mengagak dan membaca serangan lawan seterusnya
mengelak, menangkis dan membalas. Kemampuan inner sense inilah yang dikenali
sebagai kemampuan metaliti. Kemampuan mentafizik pula ditakrifkan sebagai
kemahiran berasaskan kepada sifat-sifat yang mesti digunapakai dalam bertahan
iaitu selembut sutera sekeras besi waja dan selancar air mengalir dan setegap gunung
fuji.
Secara asasnya, pengamal
karate klasik dalam mengaplikasikan konsep pertahanan ialah dengan meletakkan
dua garisan dalam minda sebagai (mind set) pedoman dalam belaan perseorangan
mahupun lebih daripada seorang. Dua garisan dalam minda digambarkan sebagai
benteng yang menjadi kawasan kawalan bagi menentukan sebarang tindakan
membalas. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, garisan pertama adalah untuk
tumbukan dan garisan kedua adalah untuk tendangan.
Sebarang tumbukan atau
tendangan yang dibuat oleh pihak lawan tidak akan dianggap membahaya jika tidak
melepasi garis yang telah ditetapkan dalam minda pengamal. Acahan-acahan
tumbukan dan tendangan ini tidak akan dilayan dan pengamal karate hanya berdiri
diam sebagai persediaan minda. Hanya tumbukan dan tendangan yang melepasi
garisan akan diambil layan samada mengelak, menangkis ataupun memusnahkan
sepenuhnya serangan itu.
Falsafah Di Dalam Karate
1. Musnah bisa ular
untuk buang bisa (Konsep serangan dan belaan dalam karate do)
Konsep ini amat popular dalam
pengamal karate klasik, dimana ia amat sesuai digunapakai dalam pertarungan
satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan
pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam,
tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah,
kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada
untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan
ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat
diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.
2. Rakka (Bunga yang
berguguran)
Ia adalah sebahagian konsep
pertahanan Karate. Maksudnya setiap teknik pertahanan perlu dilakukan dengan
bertenaga dan mantap sehingga diumpamakan jika teknik itu dikenakan ke atas
pokok, maka dengan kekuatan teknik itu, semua bunga dari pokok itu akan jatuh
berguguran. Contohnya sekiranya musuh menyerang dengan menumbuk muka lalu
pengamal karate membuat tangkisan atas yang kuat hingga menyebabkan tangan yang
menumbuk itu patah, maka dengan tangkisan atas itu sudah cukup untuk membela
diri tanpa perlu lagi membuat serangan balas.
3. Air dan sutera
Bagi kaedah ini, tumbukan
dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni
saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang
lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila
pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.
4. Mizu No Kokoro
(Minda itu seperti air)
Sekiranya air di tasik itu
tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam
bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang
itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit.
Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir,
maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak
lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu
dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika
minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk
bersedia membela diri.
Anekdot Karate
Berkenaan Falsafah Karate
Seorang murid baru bertanya
kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang
perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang
lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan
berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka
tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan
lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan
hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita
adalah kekuatan kita.
No comments:
Post a Comment